Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua follower..
Agak lama admin menyepi tanpa update blog ne.
ini kerana sibuk dengan urusan harian sampai nak keluar casting pun tak sempat.
insyAllah, admin akan kembali memeriahkan blog ne kembali dengan bahan-bahan baru.
Sampai jumpa lagi dilain waktu.
Adioss..
P.U.L.I.H.A.R.A K.H.A.Z.A.N.A.H K.I.T.A
Ruangan ini adalah bertujuan untuk mengumpul gambar-gambar hasil dari memancing menggunakan kaedah casting dan jigging. Walau bagaimana pun, semua gambar-gambar yang dikeluarkan dalam blog ini adalah hak cipta persendirian. Sekian untuk makluman semua.
Friday, 28 August 2015
Monday, 13 January 2014
Friday, 10 January 2014
Jelajah Hujung Minggu
Setiap kali tibanya hujung minggu, pasti semua antara kita ada
perancangan masing-masing.. Kali ini saya akan membawa anda semua
menerokai ke satu lubuk ikan Haruan dan Bujuk. Trip kali ini diketuai
oleh Pok Chek, salah seorang kenalan Facebook yang juga pendatang baru
dalam dunia mengilat/casting. Lubuk yang hendak diterjah adalah kawasan
ladang kelapa sawit yang semua orang tahu terdapat banyak parit-parit
kecil yang digali untuk menyimpan air bagi memudahkan penjagaan dan
sumber pengairan kepada pokok kelapa sawit. Trip ini juga disertai oleh
seorang kenalan kenalan baru dan juga pendatang baru dalam dunia hanyir
ini. Ikuti penjelajahan kami menerjah lubuk-lubuk yang terdapat
disekitar kawasan tersebut.
Akan tetapi, agak mengecewakan juga kerana seekor bujuk pun tidak berjaya kami daratkan. Ini kerana trip pada asalnya adalah untuk mencari bujuk. Walau apa pun, jelajah hujung minggu kami boleh dikatakan berjaya walaupun bukan sepenuhnya.
Sehingga jumpa lagi dilain hari dengan artikel-artikal dan gambar-gambar yang lebih hanyir...
Misi pejelajahan bermula |
Kiri dan kanan jalan diiringi oleh parit-parit kecil |
Haruan yang menelan rakus spinner bite yang ditambah dengan soft plastic |
kolam-kolam kecil sebegini banyak dalam kawasan ladang kelapa sawit ini. |
Rumpai air adalah tempat terbaik untuk pelbagai spesis-spesis ikan sebagai tempat
pembiakan dan pembesaran kerana terdapat banyak makanan disitu
|
Pok Chek dengan hasil dari penat lelahnya |
Ashraf yang juga kenalan baru berjaya mengoda haruan dengan katak getah. |
Lagi haruan yang berjaya ditewaskan oleh Pok Chek |
Sehingga jumpa lagi dilain hari dengan artikel-artikal dan gambar-gambar yang lebih hanyir...
P.E.L.I.H.A.R.A K.H.A.Z.A.N.A.H K.I.T.A
Saturday, 7 December 2013
Trip Silaturahaim
Untuk yang entah keberapa kalinya, sekali lagi trip terjah kawasan sawah padi di sekitar kawasan perkampungan berdekatan dengan bandar Pasir Mas, Kelantan diaturkan. Target utama sudah tentunya spesis ikan berkepala ular iaitu haruan. Terdapat sedikit kelainan untuk trip kali ini. Ini kerana trip kali ini disertai oleh beberapa orang kenalan baru yang agak jauh juga datangnya semata-mata untuk untuk berkenalan dan berkongsi hobi yang sama. Ikuti penjelajahan kami pada trip kali ini.
Dah macam family day dah tengok sampai orang kampung yang lalu-lalang kata ada pertandingan ke kat sisi.. |
Test drive reel Abu Garcia Rocket dengan kekuatan ratio 9.0:1. Memang terbaik lah.. |
Haruan yang berjaya digoda dengan An Lure 5cm |
Antara pelapis yang telah berjaya diracun untuk mencuba kaedah casting.. memang syok katanya.. haaa.. baru tau dek. |
Berjaya dijerat menggunakan katak getah.. lupa plak jenama ape. |
Ajey Manaf bersama hasilnya dengan menggunakan katak kekipas handmade dari Saufi |
Antara pelapis-pelapis akan datang dalam arena sukan casting ini.. In sya Allah.. |
Rezeki orang jauh. |
Kumpau ye bang.. hehehehe.. |
Saturday, 23 November 2013
ROYAL BELOM - I'M COMING!!!
Agak lama saya tak update blog ne.. rasa-rasanya dah lebih dari 6 bulan tak update.. hehehehe.. biasalah.. kadang banyak kerja-kerja lain yang perlu disiapkan.. Dalam masa tersebut, saya sendiri pun tak sempat nak turun casting, komplot dengan rakan-rakan lain.. So, dipendekkan cerita, baru-baru ne saya dan rakan-rakan lain berkesempatan skali lagi turun ke tasik Banding yang terletak di Grik, Perak.. Sapa tak kenal kan nama tasik tersebut.. Glamer 1 Malaysia.. Tapi trip kali ni bukan nak casting di tempat-tempat biasa yang pernah saya pergi sebelum ni.. Sebaliknya kami akan memasuki Hutan Simpan Royal Belom.. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam kawasan yang dijaga ketat oleh pihak Jabatan Perikanan dan Ranjer Hutan.. Akan tetepi, nasib kami kurang baik kerana sebelum ini kami menjangkakan hujan sudah mulai turun dikawasan tersebut dan air sudah mulai naik. Rupa-rupanya hujan hanya turun pada sebelah petang sahaja.. Bila keadaan itu berlaku, maka kami dapat menjangkakan apa yang bakal kami tempuhi.. Apa lagi kalau bukan panas terik pada waktu tengah hari dan sentapan dari sebarau yang membaham gewang juga akan berkurangan. Walau ape pun, trip kami tetap berjalan seperti yang dirancang. Tak banyak memori yang dapat saya rakamkan untuk trip kali ini. Cukup-cukup untuk panaskan line sahaja..
Apapun, kesemua hasil yang kami dapat pada trip tersebut dilepaskan kembali ke habitat asal untuk menjamin peningkatan populasinya.. Tangkap Dan Lepas adalah WAJIB bila anda berada didalam kawasan Hutan Simpan Royal Belom ini. In Sya Allah, di hujung tahun ini, iaitu pertengahan bulan 12, jika dipajangkan umur, sekali lagi saya dan rakan-rakan lain akan sampai ke sana untuk menyertai pertandingan casting yang berlangsung selama 3hari 2malam anjuran Kelab Pasir Mas Caster dari Kelantan. Semoga kita jumpa lagi.. Majulah sukan hanyir untuk negara.
P.E.L.I.H.A.R.A K.H.A.Z.A.N.A.H K.I.T.A
Bersama tekong/pemandu bot tang cukup arif tentang kawasan disekitar Royal Belom ini |
Wae dengan tangkapan dan juga lesen sebarau pertamanya di tasik.. Tahniah!!! |
Surie dengan sebaraunya yang berjaya digoda dengan menggunakan spoon Ultima Seahawk |
Lagi sebarau dari Wan. Asyik kau jer ne.. |
Sekarang giliran saya pulak.. Juga sebarau yang tergoda dengan kilauan yang dipantul dari spoon Utima Saehawk |
Surie dengan gaya slumbernya di tengah panas.. hahahahaha.. |
Tekong kami cukup arif dengan lubuk-lubuk ikan kawasan ini. Banyak juga ilmu yang dapat kami pelajari dari beliau. Terima kasih kami ucapkan |
Alhamdulillah.. dapat lesen baru.. kat tempat lain saya tak tau orang panggil ikan ni dengan nama ape tapi kat kelantan ianya dikenali dengan nama Kepal. Tergoda dengan micro jig Hinomiya 10g. |
Wan lagi.. adoiiii.. panasssss... |
Apapun, kesemua hasil yang kami dapat pada trip tersebut dilepaskan kembali ke habitat asal untuk menjamin peningkatan populasinya.. Tangkap Dan Lepas adalah WAJIB bila anda berada didalam kawasan Hutan Simpan Royal Belom ini. In Sya Allah, di hujung tahun ini, iaitu pertengahan bulan 12, jika dipajangkan umur, sekali lagi saya dan rakan-rakan lain akan sampai ke sana untuk menyertai pertandingan casting yang berlangsung selama 3hari 2malam anjuran Kelab Pasir Mas Caster dari Kelantan. Semoga kita jumpa lagi.. Majulah sukan hanyir untuk negara.
P.E.L.I.H.A.R.A K.H.A.Z.A.N.A.H K.I.T.A
Friday, 1 February 2013
Sebarau Jeram Perdah
Jeram Perdah bukanlah suatu nama yang asing lagi buat pengilat-pengilat spesis ikan pemangsa(sebarau) sekitar daerah Pasir Mas. Malah, tempat ini juga telah dilawati oleh pengilat-pengilat sebarau dari daerah Kota Bharu, Tanah Merah dan lain-lain. Ianya terletak antara sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan dengan menaiki kereta sekitar 15 kilometer dari bandar Pasir Mas akan mengambil masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke kawasan tersebut. Sebarau adalah spesis ikan pemangsa yang begitu sinonim di sekitar Sungai Golok. Setiap masa, pasti ada gambar-gambar dengan hasil tangkapan terbaru yang didedahkan oleh kaki-kaki pengilat yang mengilat di kawasan Jeram Perdah atau kawasan-kawasan tertentu sekitar Sungai Golok. Ini bermakna, Jeram Perdah atau sepanjang Sungai Golok masih lagi kaya dengan spesis ikan pemangsa yang menjadi 'kegilaan' pengilat-pengilat ikan air tawar ini...
Diharapkan agar spesis ikan air tawar ini akan terus membiak dengan baik di sungai ini tanpa menerima sebarang ancaman dari perbuatan manusia. Slogan 'TANGKAP, FOTO dan LEPAS' adalah sangat diharapkan untuk menjaga dan memelihara populasi ikan sebarau ini dari terus pupus. Dan semoga generasi kita yang akan datang dapat merasa keseronokan memancing seperti yang kita semua rasakan sekarang..
Peta lokasi sekitar kawasan Jeram Perdah yang diambil dari Google Maps |
Saiz sebegini boleh dikatakan 'biasa' bila mengilat di sekitar kawasan Sungai Golok. |
Penggunaan mata satu atau single hook adaleh lebih selamat di sini berbanding menggunakan mata tiga atau tripel hook. |
Rekod peribadi penulis mengilat di Sg. Golok.. 1.81 kg. |
Antara yang terpedaya dengan gewang replika ikan semasa air keruh di sepanjang Sg. Golok akibat hujan renyai-renyai yang berterusan selama 4 hari |
Hasil mengilat menggunakan sesudu Bakau semasa keadaan air rendah |
Tangkapan dengan gewang replika ikan kesayangan |
Gewang bewarna kuning keemasan adalah lebih efektif untuk memburu sebarau semasa air menjadi keruh di sepanjang Sg. Golok. |
Sebarau yang membaham gewang di tengah-tengah jeram. |
Seronok bila dapat merasai henjutan yang diberikan oleh sebarau setelah sudah lama 'kumpau'. |
Gewang selaman dalam juga efektif disini. Akan tetapi risiko untuk sangkut dicelah-celah batu dan reba sepanjang sungai ini adalah tinggi. |
Subscribe to:
Posts (Atom)