Setiap kali tibanya hujung minggu, pasti semua antara kita ada
perancangan masing-masing.. Kali ini saya akan membawa anda semua
menerokai ke satu lubuk ikan Haruan dan Bujuk. Trip kali ini diketuai
oleh Pok Chek, salah seorang kenalan Facebook yang juga pendatang baru
dalam dunia mengilat/casting. Lubuk yang hendak diterjah adalah kawasan
ladang kelapa sawit yang semua orang tahu terdapat banyak parit-parit
kecil yang digali untuk menyimpan air bagi memudahkan penjagaan dan
sumber pengairan kepada pokok kelapa sawit. Trip ini juga disertai oleh
seorang kenalan kenalan baru dan juga pendatang baru dalam dunia hanyir
ini. Ikuti penjelajahan kami menerjah lubuk-lubuk yang terdapat
disekitar kawasan tersebut.
|
Misi pejelajahan bermula |
|
Kiri dan kanan jalan diiringi oleh parit-parit kecil |
|
Haruan yang menelan rakus spinner bite yang ditambah dengan soft plastic |
|
kolam-kolam kecil sebegini banyak dalam kawasan ladang kelapa sawit ini. |
|
Rumpai air adalah tempat terbaik untuk pelbagai spesis-spesis ikan sebagai tempat
pembiakan dan pembesaran kerana terdapat banyak makanan disitu
|
|
|
|
|
|
|
Pok Chek dengan hasil dari penat lelahnya |
|
Ashraf yang juga kenalan baru berjaya mengoda haruan dengan katak getah. |
|
Lagi haruan yang berjaya ditewaskan oleh Pok Chek |
Akan tetapi, agak mengecewakan juga kerana seekor bujuk pun tidak berjaya kami daratkan. Ini kerana trip pada asalnya adalah untuk mencari bujuk. Walau apa pun, jelajah hujung minggu kami boleh dikatakan berjaya walaupun bukan sepenuhnya.
Sehingga jumpa lagi dilain hari dengan artikel-artikal dan gambar-gambar yang lebih hanyir...
P.E.L.I.H.A.R.A K.H.A.Z.A.N.A.H K.I.T.A
No comments:
Post a Comment