Ikan Toman atau nama saintifiknya
Channa micropeltes, adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asean termasuk di Malaysia. Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak cerita-cerita yang diberitahu, ikan ini suka menggigit manusia. Di California US, ia dikenali sebagai 'giant snakehead'. Ianya dipercayai dibawa
masuk oleh peniaga dari Asia dan dilepaskan ke dalam sungai secara haram. Spesis ikan pemangsa ini banyak mendiami kawasan-kawasan sungai, tasik, dan juga lombong-lombong yang ditinggalkan. Kepada caster-caster di Malaysia mahupun di seluruh Asia, mendapat sambaran dari sang Toman semasa membuat karauan lure atau gewang adalah suatu yang sangat mengujakan. Ini kerana ianya sangat terkenal dengan sifatnya yang rakus membaham gewang samaada gewang permukaan mahupun gewang selaman dalam.
|
Anak ikan Toman sepanjang 9 cm berbanding siling 18.5mm |
|
Anak Ikan Toman sepanjang 2 cm. Ketika kecil, ia bewarna kemerah-merahan |
|
Toman yang berjaya didaratkan dengan menggunakan gewang Pensil |
|
Jump Frog buatan tangan juga tidak ketinggalan menjadi kegilaan sang toman |
|
Penulis bersama baby toman yang membaham Jump Frog buatan sendiri |
No comments:
Post a Comment