Pages

Monday, 13 January 2014

Friday, 10 January 2014

Jelajah Hujung Minggu

 Setiap kali tibanya hujung minggu, pasti semua antara kita ada perancangan masing-masing.. Kali ini saya akan membawa anda semua menerokai ke satu lubuk ikan Haruan dan Bujuk. Trip kali ini diketuai oleh Pok Chek, salah seorang kenalan Facebook yang juga pendatang baru dalam dunia mengilat/casting. Lubuk yang hendak diterjah adalah kawasan ladang kelapa sawit yang semua orang tahu terdapat banyak parit-parit kecil yang digali untuk menyimpan air bagi memudahkan penjagaan dan sumber pengairan kepada pokok kelapa sawit. Trip ini juga disertai oleh seorang kenalan kenalan baru dan juga pendatang baru dalam dunia hanyir ini. Ikuti penjelajahan kami menerjah lubuk-lubuk yang terdapat disekitar kawasan tersebut.


Misi pejelajahan bermula

Kiri dan kanan jalan diiringi oleh parit-parit kecil



Haruan yang menelan rakus spinner bite yang ditambah dengan soft plastic


kolam-kolam kecil sebegini banyak dalam kawasan ladang kelapa sawit ini.

Rumpai air adalah tempat terbaik untuk pelbagai spesis-spesis ikan sebagai tempat
pembiakan dan pembesaran kerana terdapat banyak makanan disitu






Pok Chek dengan hasil dari penat lelahnya

Ashraf yang juga kenalan baru berjaya mengoda haruan dengan katak getah.

Lagi haruan yang berjaya ditewaskan oleh Pok Chek
Akan tetapi, agak mengecewakan juga kerana seekor bujuk pun tidak berjaya kami daratkan. Ini kerana trip pada asalnya adalah untuk mencari bujuk. Walau apa pun, jelajah hujung minggu kami boleh dikatakan berjaya walaupun bukan sepenuhnya.

Sehingga jumpa lagi dilain hari dengan artikel-artikal dan gambar-gambar yang lebih hanyir...

P.E.L.I.H.A.R.A      K.H.A.Z.A.N.A.H      K.I.T.A