Pages

Saturday, 7 December 2013

Trip Silaturahaim

Untuk yang entah keberapa kalinya, sekali lagi trip terjah kawasan sawah padi di sekitar kawasan perkampungan berdekatan dengan bandar Pasir Mas, Kelantan diaturkan. Target utama sudah tentunya spesis ikan berkepala ular iaitu haruan. Terdapat sedikit kelainan untuk trip kali ini. Ini kerana trip kali ini disertai oleh beberapa orang kenalan baru yang agak jauh juga datangnya semata-mata untuk untuk berkenalan dan berkongsi hobi yang sama. Ikuti penjelajahan kami pada trip kali ini.
Dah macam family day dah tengok sampai orang kampung yang lalu-lalang kata ada pertandingan ke kat sisi..



Test drive reel Abu Garcia Rocket dengan kekuatan ratio 9.0:1. Memang terbaik lah..










Haruan yang berjaya digoda dengan An Lure 5cm

Antara pelapis yang telah berjaya diracun untuk mencuba kaedah casting.. memang syok katanya..
haaa.. baru tau dek.

Berjaya dijerat menggunakan katak getah.. lupa plak jenama ape.

Ajey Manaf bersama hasilnya dengan menggunakan katak kekipas handmade dari
Saufi

Antara pelapis-pelapis akan datang dalam arena sukan casting ini..
In sya Allah..


Kawasan-kawasan sebegini sangat digemari oleh sang haruan untuk terus membiak..
Akan tetapi, akibat dari perbuatan manusia yang suka memusahkan ekosistem/habitat
ikan ini dengan menggunakan renjatan elektrik untuk
memperolehi hasil yang lumayan, ianya boleh dirasai semakin berkurangan.

Rezeki orang jauh.
Kumpau ye bang.. hehehehe..
 Ucapan terima kasih kepada caster-caster yang sudi datang dari jauh semata-mata untuk
mengeratkan tali silaturahim sesama kita.. In sya Allah kita jumpa di lain hari..

P.E.L.I.H.A.R.A   K.H.A.Z.A.N.A.H   K.I.T.A




Saturday, 23 November 2013

ROYAL BELOM - I'M COMING!!!

Agak lama saya tak update blog ne.. rasa-rasanya dah lebih dari 6 bulan tak update.. hehehehe.. biasalah.. kadang banyak kerja-kerja lain yang perlu disiapkan.. Dalam masa tersebut, saya sendiri pun tak sempat nak turun casting, komplot dengan rakan-rakan lain.. So, dipendekkan cerita, baru-baru ne saya dan rakan-rakan lain berkesempatan skali lagi turun ke tasik Banding yang terletak di Grik, Perak.. Sapa tak kenal kan nama tasik tersebut.. Glamer 1 Malaysia.. Tapi trip kali ni bukan nak casting di tempat-tempat biasa yang pernah saya pergi sebelum ni.. Sebaliknya kami akan memasuki Hutan Simpan Royal Belom.. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam kawasan yang dijaga ketat oleh pihak Jabatan Perikanan dan Ranjer Hutan.. Akan tetepi, nasib kami kurang baik kerana sebelum ini kami menjangkakan hujan sudah mulai turun dikawasan tersebut dan air sudah mulai naik. Rupa-rupanya hujan hanya turun pada sebelah petang sahaja.. Bila keadaan itu berlaku, maka kami dapat menjangkakan apa yang bakal kami tempuhi.. Apa lagi kalau bukan panas terik pada waktu tengah hari dan sentapan dari sebarau yang membaham gewang juga akan berkurangan. Walau ape pun, trip kami tetap berjalan seperti yang dirancang. Tak banyak memori yang dapat saya rakamkan untuk trip kali ini. Cukup-cukup untuk panaskan line sahaja..
Bersama tekong/pemandu bot tang cukup arif tentang kawasan disekitar
Royal Belom ini

Wae dengan tangkapan dan juga lesen sebarau pertamanya di tasik..
Tahniah!!!


Surie dengan sebaraunya yang berjaya digoda dengan menggunakan
spoon Ultima Seahawk

Lagi sebarau dari Wan. Asyik kau jer ne..

Sekarang giliran saya pulak.. Juga sebarau yang tergoda dengan kilauan
yang dipantul dari spoon Utima Saehawk


Surie dengan gaya slumbernya di tengah panas.. hahahahaha..

Tekong kami cukup arif dengan lubuk-lubuk ikan kawasan ini. Banyak juga
ilmu yang dapat kami pelajari dari beliau. Terima kasih kami ucapkan

Alhamdulillah.. dapat lesen baru.. kat tempat lain saya tak tau orang panggil
ikan ni dengan nama ape tapi kat kelantan ianya dikenali dengan nama Kepal.
Tergoda dengan micro jig Hinomiya 10g.


Wan lagi.. adoiiii.. panasssss...

 Apapun, kesemua hasil yang kami dapat pada trip tersebut dilepaskan kembali ke habitat asal untuk menjamin peningkatan populasinya.. Tangkap Dan Lepas adalah WAJIB bila anda berada didalam kawasan Hutan Simpan Royal Belom ini. In Sya Allah, di hujung tahun ini, iaitu pertengahan bulan 12, jika dipajangkan umur, sekali lagi saya dan rakan-rakan lain akan sampai ke sana untuk menyertai pertandingan casting yang berlangsung selama 3hari 2malam anjuran Kelab Pasir Mas Caster dari Kelantan. Semoga kita jumpa lagi.. Majulah sukan hanyir untuk negara.
                                    P.E.L.I.H.A.R.A          K.H.A.Z.A.N.A.H          K.I.T.A

Friday, 1 February 2013

Sebarau Jeram Perdah

Jeram Perdah bukanlah suatu nama yang asing lagi buat pengilat-pengilat spesis ikan pemangsa(sebarau) sekitar daerah Pasir Mas. Malah, tempat ini juga telah dilawati oleh pengilat-pengilat sebarau dari daerah Kota Bharu, Tanah Merah dan lain-lain. Ianya terletak antara sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan dengan menaiki kereta sekitar 15 kilometer dari bandar Pasir Mas akan mengambil masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke kawasan tersebut. Sebarau adalah spesis ikan pemangsa yang begitu sinonim di sekitar Sungai Golok. Setiap masa, pasti ada gambar-gambar dengan hasil tangkapan terbaru yang didedahkan oleh kaki-kaki pengilat yang mengilat di kawasan Jeram Perdah atau kawasan-kawasan tertentu sekitar Sungai Golok. Ini bermakna, Jeram Perdah atau sepanjang Sungai Golok masih lagi kaya dengan spesis ikan pemangsa yang menjadi 'kegilaan' pengilat-pengilat ikan air tawar ini...

Peta lokasi sekitar kawasan Jeram Perdah yang diambil dari Google Maps

Saiz sebegini boleh dikatakan 'biasa' bila mengilat di sekitar kawasan Sungai Golok.

Penggunaan mata satu atau single hook adaleh lebih selamat di sini berbanding
menggunakan mata tiga atau tripel hook.

Rekod peribadi penulis mengilat di Sg. Golok.. 1.81 kg.

Antara yang terpedaya dengan gewang replika ikan semasa air keruh di sepanjang Sg. Golok akibat hujan
renyai-renyai yang berterusan selama 4 hari

Hasil mengilat menggunakan sesudu Bakau semasa keadaan air rendah

Tangkapan dengan gewang replika ikan kesayangan

Gewang bewarna kuning keemasan adalah lebih efektif untuk
memburu sebarau semasa air menjadi keruh di sepanjang Sg. Golok.

Sebarau yang membaham gewang di tengah-tengah jeram.

Seronok bila dapat merasai henjutan yang diberikan oleh sebarau setelah
sudah lama 'kumpau'.



Gewang selaman dalam juga efektif disini. Akan tetapi risiko untuk sangkut
dicelah-celah batu dan reba sepanjang sungai ini adalah tinggi.
 Diharapkan agar spesis ikan air tawar ini akan terus membiak dengan baik di sungai ini tanpa menerima sebarang ancaman dari perbuatan manusia. Slogan 'TANGKAP, FOTO dan LEPAS' adalah sangat diharapkan untuk menjaga dan memelihara populasi ikan sebarau ini dari terus pupus. Dan semoga generasi kita yang akan datang dapat merasa keseronokan memancing seperti yang kita semua rasakan sekarang..

Monday, 28 January 2013

The Giant Snakehead

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes, adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asean termasuk di Malaysia. Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak cerita-cerita yang diberitahu, ikan ini suka menggigit manusia. Di California US, ia dikenali sebagai 'giant snakehead'. Ianya dipercayai dibawa masuk oleh peniaga dari Asia dan dilepaskan ke dalam sungai secara haram. Spesis ikan pemangsa ini banyak mendiami kawasan-kawasan sungai, tasik, dan juga lombong-lombong yang ditinggalkan. Kepada caster-caster di Malaysia mahupun di seluruh Asia, mendapat sambaran dari sang Toman semasa membuat karauan lure atau gewang adalah suatu yang sangat mengujakan. Ini kerana ianya sangat terkenal dengan sifatnya yang rakus membaham gewang samaada gewang permukaan mahupun gewang selaman dalam.

Anak ikan Toman sepanjang 9 cm berbanding siling 18.5mm

Anak Ikan Toman sepanjang 2 cm. Ketika kecil, ia bewarna kemerah-merahan

Toman yang berjaya didaratkan dengan menggunakan gewang Pensil

Jump Frog buatan tangan juga tidak ketinggalan menjadi kegilaan sang toman

Penulis bersama baby toman yang membaham Jump Frog buatan sendiri


Monday, 21 January 2013

Handmade Crazy Jump Frog

Fenomena Jump Frog dari pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 yang hanya dikhaskan untuk mengilat ikan air tawar iaitu spesis Snake Head, hingga kini masih lagi mendapat tempat dihati pengemar-pengemar spesis tersebut. Akan tetapi, ekoran dari harganya dipasaran yang boleh dikatakan agak tinggi, tercetus idea dari segelintir pengemar snake head untuk cuba mereka@membuat sendiri Jump Frog ini. Gamba-gambar dibawah adalah hasil kerja kreatif dari salah seorang ahli Pasir Mas Caster(PMC) yang membuat sendiri Jump Frog untuk kegunaan beliau sendiri pada asalnya. Tetapi secara tidak langsung, beliau juga mendapat tempahan dari pengemar-pengemar Jump Frog lain samaada dari tangan ke tangan ataupun melalui atas talian@on-line ekoran dari keberkesanan hasil kerja tangan beliau.