Bersama tekong/pemandu bot tang cukup arif tentang kawasan disekitar Royal Belom ini |
Wae dengan tangkapan dan juga lesen sebarau pertamanya di tasik.. Tahniah!!! |
Surie dengan sebaraunya yang berjaya digoda dengan menggunakan spoon Ultima Seahawk |
Lagi sebarau dari Wan. Asyik kau jer ne.. |
Sekarang giliran saya pulak.. Juga sebarau yang tergoda dengan kilauan yang dipantul dari spoon Utima Saehawk |
Surie dengan gaya slumbernya di tengah panas.. hahahahaha.. |
Tekong kami cukup arif dengan lubuk-lubuk ikan kawasan ini. Banyak juga ilmu yang dapat kami pelajari dari beliau. Terima kasih kami ucapkan |
Alhamdulillah.. dapat lesen baru.. kat tempat lain saya tak tau orang panggil ikan ni dengan nama ape tapi kat kelantan ianya dikenali dengan nama Kepal. Tergoda dengan micro jig Hinomiya 10g. |
Wan lagi.. adoiiii.. panasssss... |
Apapun, kesemua hasil yang kami dapat pada trip tersebut dilepaskan kembali ke habitat asal untuk menjamin peningkatan populasinya.. Tangkap Dan Lepas adalah WAJIB bila anda berada didalam kawasan Hutan Simpan Royal Belom ini. In Sya Allah, di hujung tahun ini, iaitu pertengahan bulan 12, jika dipajangkan umur, sekali lagi saya dan rakan-rakan lain akan sampai ke sana untuk menyertai pertandingan casting yang berlangsung selama 3hari 2malam anjuran Kelab Pasir Mas Caster dari Kelantan. Semoga kita jumpa lagi.. Majulah sukan hanyir untuk negara.
P.E.L.I.H.A.R.A K.H.A.Z.A.N.A.H K.I.T.A