Pages

Friday, 1 February 2013

Sebarau Jeram Perdah

Jeram Perdah bukanlah suatu nama yang asing lagi buat pengilat-pengilat spesis ikan pemangsa(sebarau) sekitar daerah Pasir Mas. Malah, tempat ini juga telah dilawati oleh pengilat-pengilat sebarau dari daerah Kota Bharu, Tanah Merah dan lain-lain. Ianya terletak antara sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan dengan menaiki kereta sekitar 15 kilometer dari bandar Pasir Mas akan mengambil masa lebih kurang 20minit untuk sampai ke kawasan tersebut. Sebarau adalah spesis ikan pemangsa yang begitu sinonim di sekitar Sungai Golok. Setiap masa, pasti ada gambar-gambar dengan hasil tangkapan terbaru yang didedahkan oleh kaki-kaki pengilat yang mengilat di kawasan Jeram Perdah atau kawasan-kawasan tertentu sekitar Sungai Golok. Ini bermakna, Jeram Perdah atau sepanjang Sungai Golok masih lagi kaya dengan spesis ikan pemangsa yang menjadi 'kegilaan' pengilat-pengilat ikan air tawar ini...

Peta lokasi sekitar kawasan Jeram Perdah yang diambil dari Google Maps

Saiz sebegini boleh dikatakan 'biasa' bila mengilat di sekitar kawasan Sungai Golok.

Penggunaan mata satu atau single hook adaleh lebih selamat di sini berbanding
menggunakan mata tiga atau tripel hook.

Rekod peribadi penulis mengilat di Sg. Golok.. 1.81 kg.

Antara yang terpedaya dengan gewang replika ikan semasa air keruh di sepanjang Sg. Golok akibat hujan
renyai-renyai yang berterusan selama 4 hari

Hasil mengilat menggunakan sesudu Bakau semasa keadaan air rendah

Tangkapan dengan gewang replika ikan kesayangan

Gewang bewarna kuning keemasan adalah lebih efektif untuk
memburu sebarau semasa air menjadi keruh di sepanjang Sg. Golok.

Sebarau yang membaham gewang di tengah-tengah jeram.

Seronok bila dapat merasai henjutan yang diberikan oleh sebarau setelah
sudah lama 'kumpau'.



Gewang selaman dalam juga efektif disini. Akan tetapi risiko untuk sangkut
dicelah-celah batu dan reba sepanjang sungai ini adalah tinggi.
 Diharapkan agar spesis ikan air tawar ini akan terus membiak dengan baik di sungai ini tanpa menerima sebarang ancaman dari perbuatan manusia. Slogan 'TANGKAP, FOTO dan LEPAS' adalah sangat diharapkan untuk menjaga dan memelihara populasi ikan sebarau ini dari terus pupus. Dan semoga generasi kita yang akan datang dapat merasa keseronokan memancing seperti yang kita semua rasakan sekarang..