Pages

Monday, 28 January 2013

The Giant Snakehead

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes, adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asean termasuk di Malaysia. Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak cerita-cerita yang diberitahu, ikan ini suka menggigit manusia. Di California US, ia dikenali sebagai 'giant snakehead'. Ianya dipercayai dibawa masuk oleh peniaga dari Asia dan dilepaskan ke dalam sungai secara haram. Spesis ikan pemangsa ini banyak mendiami kawasan-kawasan sungai, tasik, dan juga lombong-lombong yang ditinggalkan. Kepada caster-caster di Malaysia mahupun di seluruh Asia, mendapat sambaran dari sang Toman semasa membuat karauan lure atau gewang adalah suatu yang sangat mengujakan. Ini kerana ianya sangat terkenal dengan sifatnya yang rakus membaham gewang samaada gewang permukaan mahupun gewang selaman dalam.

Anak ikan Toman sepanjang 9 cm berbanding siling 18.5mm

Anak Ikan Toman sepanjang 2 cm. Ketika kecil, ia bewarna kemerah-merahan

Toman yang berjaya didaratkan dengan menggunakan gewang Pensil

Jump Frog buatan tangan juga tidak ketinggalan menjadi kegilaan sang toman

Penulis bersama baby toman yang membaham Jump Frog buatan sendiri


Monday, 21 January 2013

Handmade Crazy Jump Frog

Fenomena Jump Frog dari pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 yang hanya dikhaskan untuk mengilat ikan air tawar iaitu spesis Snake Head, hingga kini masih lagi mendapat tempat dihati pengemar-pengemar spesis tersebut. Akan tetapi, ekoran dari harganya dipasaran yang boleh dikatakan agak tinggi, tercetus idea dari segelintir pengemar snake head untuk cuba mereka@membuat sendiri Jump Frog ini. Gamba-gambar dibawah adalah hasil kerja kreatif dari salah seorang ahli Pasir Mas Caster(PMC) yang membuat sendiri Jump Frog untuk kegunaan beliau sendiri pada asalnya. Tetapi secara tidak langsung, beliau juga mendapat tempahan dari pengemar-pengemar Jump Frog lain samaada dari tangan ke tangan ataupun melalui atas talian@on-line ekoran dari keberkesanan hasil kerja tangan beliau.

















Friday, 18 January 2013

Seketika Bersama Bujuk

Ikan Bujuk adalah sejenis spesis ikan pemangsa air tawar yang terdapat di negara-negara Asia, termasuk juga di Malaysia. Nama saintifiknya Channa lucius. Ikan Bujuk tergolong dalam spesies kepala ular. Tubuhnya mempunyai bentuk corak badan yang menarik. Ikan Bujuk mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan Palas. Diet utamanya adalah rumpair, lumut, anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik, dan cacing.

I



Thursday, 17 January 2013

Channa Bendang Padi

Saiz sebegini bukanlah mustahil untuk dapat walaupun hanya sekitar sawah padi

Kecik bukan sebarang kecik. Habis seekor katak Tinny Frogy ditelannya.

Haruan yang terpedaya dengan gewang katak keluaran Sure Catch yang dimainkan oleh Busra.

Katak kayu e-Upro juga berkesan memujuk Haruan keluar dari tempat persembunyian.



Saiz sebegini seronok dilayan dengan rod yang berkekuatan 6-12 lbs.



Wednesday, 16 January 2013

Trip Survay

salah 1 spot yang menjadi kegemaran caster sekitar Pasir Mas ketika musim tengkujuh tiba.





Perkara biasa apabila ingin menduga spot2 baru.

Mat Yoo dengan hasilnya dari percubaan di spot baru..




Salah 1 kolam yang akan bertukar warna airnya apabila musim kemarau tiba..

Spot kegemaran untuk casting Haruan


Senjata dan kenderaan yang digunakan untuk kebanyakkan trip survay


Spot Batu Hampar, To'Uban.. Target utama disini adalah Sebarau